Monday 29 December 2014

izinkan aku cinta kau dari jauh

Sakit.. aku sedar kau semakin mula menjauh.. tapi aku cuba nafikan..

aku tak mampu menahan diri ini dari terus mencintai kau.. dah hampir penamat 2014...

pergi lah sayang.. pergilah.. andai aku membawa derita kepada kau, pergilah sayang.. jangan didekat lagi dengan aku.. biar aku lihat mu dari kejauhan..

aku sungguh cinta kau...

pergilah sayang, andai itu beri kau bahagia.. aku kepingin saksi kau senyum ketawa dan bahagia.. bersama aku, hidup mu penuh derita..

biar aku selesaikan apa yg telah aku lakukan..

jika diizin tuhan, akan aku kembali cari mu.. kiranya kau masih sudi untuk hidup dengan ku..

dah tak tertitis air mata ni.. dah tak tersakit dengan segala torehan ni.. cukup kau tau, betapa aku cinta kau sungguh2..

jaga diri mu baik baik sayang.. aku akan sentiasa bersedia untuk mu.. bila bila kau perlu teman bicara, aku sudi..

pergilah sayang, andai itu membahagiakan mu..

izinkan aku cinta kau dari jauh...


si hancur hati
29 Dis 2014.

Sunday 30 November 2014

rindu-i

Aku masih terasa kau disisi ku
mengucup mulus dahi ku
memeluk erat dalam dakapan mu
dan dibuai bahagia
sebelum lena.

dan malam ini,
bau dibaju mu sebagai peneman.




Saturday 22 November 2014

terlanjur cinta


Maafkan aku
yang telah terlanjur mencintai kamu
dan izinkan aku curahkan
segala rasa cinta ini
agar tak terbazir
kerana dimana lagi untuk aku
lepaskan segala rasa cinta ini
kalau bukan untuk kamu

kalau kau pilih untuk pergi
bukan lagi dengan aku
izinkan aku jatuh cinta pada kamu
selamanya
walau sekadar mencintai dari jauh

Kalau kau masih berteka teki
dengan perasaan sendiri
Sudikan lah aku menjenguk hati kamu
berikan aku peluang
izinkan aku kongsi segala bahagia
biarkan aku yang beri segala cinta

aku telah terlanjur mencintai kau
bermakna selamanya kau yg paling aku cinta

maafkan aku untuk segala seksa yg kau terima
akibat dari keterlanjuran cinta aku kepada kamu.



Friday 21 November 2014

you hate me that much?

Aku bukan lagi alasan utk ketawa dia?
Aku bukan lagi sebab utk bahagia sesiapa?
Aku tidak mampu lagi melukis senyum di wajah mereka?

Tuhan,
ambil nyawa ku,
andai neraka selayaknya,
Kau jauhi kan azab dari mereka yg aku kasih dan cinta.
biar aku tanggung segalanya.

Thursday 20 November 2014

Angin kencang.

Dalam silauan cahaya,
Membatas pandangan mata,
Namun jelas ku lihat kamu,
Biarpun ku sedar kau kian jauh,
Tinggalkan aku yang rapuh.

Angin kencang membawa kau jauh ke sana,
Kau hilang terus tanpa khabar,
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu,
Ku merindui kamu.

Apa yang ku fikirkan,
Inilah penyiksaan,
Biarpun beribu tahun,
Namun kau sentiasa di hatiku,
Menuai senyumanmu.



i'm dying

I'm crying,
i'm crying,
then,
i'm still crying

But now,

 I'm dying.

Nota untuk Tuhan

Bissmillahirahmanirrahim,

Ya Allah ya tuhanku, aku memohon kepada Mu limpahkan lah kepada ku segala rahmat dan kebaikan. Aku mohon berikan aku kekuatan dalam mencari penyelesaian ini. Aku syukuri segala nikmat yang pernah kau beri aku dahulu. Dan ini mungkin ujian dan dugaan Mu sebelum aku menerima ganjaran dan hikmah yang lebih besar dari Mu.

Ya Allah ya tuhanku, Engkau lah yang telah membuka hati ku ini. Andai dia bukan untuk ku, tak mungkin kau berikan aku segala keyakinan yang aku perolehi harini. Tuhan ku, andai dia bukan untuk ku, tak mungkin engkau berikan aku harapan dan kekuatan. Telah aku mohon rayu dan sembah Mu untuk memohon pencerahan, seringkali Kau  beri kekuatan dan harapan. Andai dia bukan untuk ku, mana mungkin kau hantar dia temukan aku. Andai dia bukan untuk ku, tak mungkin kau bantu aku dalam mencari dia. Andai dia bukan untukku, tak mungkin kau hantar dia dalam setiap mimpi dan lena ku.

Tuhanku Ya Rabb,

telah kau kuatkan hati aku, jangan kau tarik nikmat ini. Berikan aku kekuatan dan hikmah yang tidak menyakiti hati kami. Telah kau beri pelbagai tanda, yang menguatkan hati aku untuk kejar dia. Tuhanku, sesungguhnya kau Maha Mengetahui setiap ceruk hati aku, kau Maha Mengetahui impian dan masa depan aku, permudahkan ya allah, permudahkan.

Telah kau beri aku harapan, kekuatan dan impian, ku memohon kepada Mu untuk permudahkan segalanya.

andai dia bukan untuk ku, pasti kau tidak beri ku harapan dan kekuatan ini.

dan ini adalah liku liku yang aku perlu tempuh untuk mencapai cinta kami.


Q & A

Q : Is that love?

A : Yes, that's the real meaning for love.

Q : Oh why its hurt much?

A : Because you love it so much.

Q : but its make me feel good about it, why?

A : Because you love it so much.

Q : Why i feel happy with that?

A : because you love it so much.

Q : so what is the real meaning of loves?

A : when you feel happy, you feel sad, you may hurts, you willing to do major and minor sacrifice, when each time you wake up in the morning it will be the first thing in your mind, you will be happy because of it, you will run to catch it, and you feel you are the luckiest person to have it. That's love.

Wednesday 19 November 2014

jangan.

Jangan tinggalkan saya. Saya merayu jangan pergi tinggalkan saya. Saya tak cukup kuat nak lalui semua ni tanpa awak. Saya memang tak kuat tanpa awak.

Saya dah berjalan sejauh ni. Tolong jangan tinggalkan aaya. Tolong.. saya tak bersedia untuk hilang awak lagi. Saya betul-betul belum bersedia dan takkan bersedia untuk itu. Dalam dunia ni, tiada apa lagi saya kejar, selain kasih sayang awak dan masa depan kita dan keluarga kita. Tinggal beberapa langkah sahaja untuk saya menang dalam perjuangan saya. Tolong.. jangan pergi..

awak masih ingat tak dulu awak sakit, awak kata soal mati. Sekarang saya sedang merasainya. Saya rasa mati itu selayaknya untuk saya kalau awak tiada. I will fight for us. Saya dah berjalan jauh sangat. Tolong.. bagi saya peluang untuk rasa bahagia.

segala apa yang saya lakukan, semuanya untuk kita.

Tolong.... saya merayu.... cukup kita sakit dulu.. dont let it happen again.. please..

sungguh, saya sayang awak. Remember that. U'r my first and will be my last, forever.

*p/s I love you




Saturday 15 November 2014

nothing can stop me

I see you.

my future,
my soul and my kisser,
my sunshine and my lover,
my forever boy,
my great soulmate,
i can see you.

my mind and my heart,
my body and words,
it goes to you.

nothing left for me,
i am ready to give it all to you,
and i wish--
and my hope
there is no end for us.

Because,

you are my future
and i can see you.

kali pertama.

Banyak-banyak perkara, kita mesti susah nak lupakan semua perkara yang kali pertama. Contohnya, pekerjaan pertama, kasut pertama yg dibeli sendiri, kali pertama pergi melancong, handbag branded pertama. Itu secara asasnya.

Banyak kenangan dan kali pertama yang aku buat bersama dia.

Kali pertama aku buat gila dengan dia. Dulu-dulu bila aku stress atau tertekan, aku suka memandu sendiri tanpa arah tujuan. Ada 1 malam tu, dia relahati nak teman aku. Dan aku rasa sejak tu aku dah tak pernah pandu sendiri lagi.

Terlalu banyak kali pertama aku dengan dia.

Kali pertama aku pergi makan kat restoran romantis. (Memang aku nak bawak gi makan situ dgn someone yg betul2 meninggalkan kesan dan cinta dalam hidup aku.)

Kali pertama aku menikmati pemandangan matahari terbenam. And then i fall in love with sunset. (Memang pernah berangan nak tgk sunset dgn yg tercinta, tapi time tu bajet nak tgk kat atas gunung atau bukit. Kehkehkeh)

Sungguh, terlalu banyak kali pertama aku dengan dia. Dan semua itu sangat terkesan dalam hidup dan diri aku.

Terima kasih untuk segala kenangan. Terima kasih.


ikhlas dari,

Yg sayang awak.
3.19 am

Friday 14 November 2014

Nak tulis, nak cerita, nak taip macam-macam, tapi tak tahu macamana nak mula. Hahahaha

ok log out.

P/s : I miss you

Wednesday 12 November 2014

i miss you

I miss your voice,
i miss your smile,
i miss your kisses,
i miss the way you hug me,
i miss to hold your hand,
i miss your laugh,
i miss your sound,
i miss your smell,
i miss to stare your eyes
i miss your complaing about anything
i miss when you put ur head to my chest,
i miss your words,
i miss you every second

i want to call you,
i want make you smile,
i want flirt to you,
i want kiss you,
i want hug you tightly,
i want hear your voice.

i miss everything about you
everything about us
i miss  you..badly
please let it happen again
the most i miss is YOU.




I never want to leave you,
I beg don't leave me.
I beg don't avoid me.
Just don't.


Tuesday 11 November 2014

Namanya HATI

Seketul daging itu
HATI namanya
lembik,
dicampak-campak,
dihenyak-henyak,
sakit.
Di buang dari tingkat 8,
pecah.
Dicantum semula, digam.
Belum kering kesan itu,
ditoreh dan dirobek lagi,
tapi
masih utuh.
dipijak dan dihiris-hiris menjadi kepingan,
walau deras darah mengalir
ia masih tetap sbg seketul hati,
yang kuat, teguh.
dan yang masih mahu hidup,
sedangkan ia boleh pilih untuk MATI.

kerana apa?

Kerana tuhan izinkan ia untuk terus hidup
dan ia juga pilih untuk terus hidup.

Genggam erat-erat

JANGAN DILEPAS LAGI AKU,
KAU JUGA TAKKAN AKU LEPASKAN,
 CUKUPLAH SEKALI KAU BIAR AKU PERGI, 
CUKUPLAH SEKALI AKU MEMBAWA DIRI, 
JANGAN DIULANG ULANG LAGI.

AKU MEMEGANG JANJI AKU,
DAN 
JANJI KITA.


0221 | 11 November 2014 | Sayang.


Jangan pergi jauh sayang

Jangan pergi jauh sayang,
Diri ini tak cukup kuat utk berdiri seorang,
sedangkan memikir kau pergi dah menyeksa diri,
apatah lagi jika benar kau pilih untuk pergi..

jangan pergi jauh sayang,
Ku sedar segala bebanan di kiri kanan bahu mu,
dikendong lagi perihal aku,
makin memberat tanggungan itu..

tolong..
tolong sayang..

jangan pergi jauh sayang,
yang ada kini hanya engkau,
Duduk lah disitu tenang-tenang.

jangan pergi jauh sayang.
Kerana engkau yg aku sayang.


0213 | 11 november 2014 |
yg remuk retak hati.

Thursday 6 November 2014

..and then i miss you

Setiap kali saya rindu awak, saya buat perkara yg kita pernah lakukan bersama. Makan makanan kita. Masak masakan kita. Nyanyi lagu lagu kita. Ulang dialog kita. Segala yang ada pasal kita, akan saya lakukan.

tapi tiba-tiba, saya semakin rindu awak sayang.

Hilang.

Banyak-banyak hal dalam hidup ni, perkara yang aku takut dari dulu hingga sekarang ialah 'KEHILANGAN' / 'HILANG'. semakin dewasa, semakin aki sedar betapa banyaknya kehilanhan yg berlaku dalam hidup aku. Masih tak tahu apa khilafnya. Mungkin aku tagihkan perhatian atau apa saja yg menyebabkan aku kehilangan perkara perkara lain.

Hilang. Aku masih ingat aku pernah hilang dari ayah dan ibu aku, waktu di kuantan, ketika rombongan rukun tetangga. Waktu tu kami menginap di resort cherating. Entah, tanpa sedar aku hilang dari pandangan orang lain, dan tangan aku dipimpin oleh orang yang aku sendiri tak kenal. Usia 6 tahun, apalah sangat mampu aku lakukan. Tangan itu membawa aku berjalan di lokasi lain. Mengikut cerita orang yg jumpa aku, aku tak menangis pom waktu tu. Tapi soalan pertama yang keluar adalah "mana ayah?".

Dari jauh aku nampak ayah dan mama berlari sambil menangis mendapatkan aku. Aku masih tak faham kenapa mereka menangis dan mendakap aku erat. rupanya aku hilang selama hampir 7 jam. Ayah cakap, "lepasni kakak takkan hilang lagi."

Kehilangan. Ada banyak kehilangan yang berlaku dalam hidup aku. Akibat sakitnya menanggung kehilangan, aku lebih berhati-hati. Bila kita hilang sesuatu yang paling kita dambakan, yang paling kita sayang, yang paling kita impikan, yang paling kita tumpukan 100%,  yang paling kita jaga dan tatang, ia amat menyakitkan.

Aku taknak hilang orang yang aku kasih. Aku taknak hilang memori yang paling aku idam, aku taknak hilang barang yang aku sayang. Cukup lah aku dah puas melalui fasa kehilangan. Ada kehilangan yang tuhan dah gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, dan aku harap aku takkan kehilangan lagi.

aku takut untuk berdepan dengan kehilangan.

Tuesday 4 November 2014

Wajah.

Jangan sekali kau lupa tentang wajah aku.
Jangan sekali pon kau biar wajah ini pudar,
Pastikan yg wajah ini lah peneman,
dalam setiap sepi kau.

kerana,
wajah kau,
dah aku potret dan tatukan,
dalam hati aku.

Monday 3 November 2014

pengaruh TV

Sebagai kanak-kanak kampung yang memang terjal dan panjang akal, aku senang terpedaya dengan cerita cerita dalam TV. Aku mampu men'transform'kan kartun/ filem ke dalam dunia realiti.

Kisah 1:

Masa tu aku still ingat pakcik tua yg aku panggil Pak Yem, bawak van sekolah untuk hantar aku dan kawan2 ke sekolah. Pada satu hari, jalan nak ke sekolah jem sikit sebab ada orang cina berarak kematian. Oleh kerana aku dah janji dgn kawan2 sekolah untuk main buaya-buaya sebelum masuk kelas, aku suruh pakyem bawak van laju sikit. "Cepatlah pakyem, orang ada perjumpaan ketua kelas ni." Dek kerana hilang kesabaran, aku terfikir untuk lakukan sesuatu.

aku keluar van ikot tingkap, lepas jatuh keluar, aku lompat atas kereta depan, aku belari dan lompat atas bumbung kereta. Aku tak sedar ada mata yang memerhati dari jauh. Selepas 2 biji kereta yg aku pijak bumbungnya, tangan aku dicapai oleh seorang penunggang motosikal.

-------------------------

Petang tu Pakyem datang rumah hantar beg sekolah yang aku tinggalkan dalam van masa aksi tghari tadi. Soalan pakyem kat aku, "Filem apa yang kamu tengok kali ni?"

Jawab aku, jackie chan.

haritu aku tak pergi sekolah. Dan seminggu tak dapat tengok TV sbg hukuman.

*nota kaki : Penunggang motor yg telah menangkap tangan aku dah hantar bawak balik rumah adalah ayah aku.



Kisah 2:

Aku tak suka india yang suka park basikal diorang depan rumah aku. Sebab tu port aku lepak. Tapi ayah baik sangat bagi izin kat india2 tu parking basikal kat situ sebelum diorang naik bas kilang gi kerja.

oleh kerana port kitorang lepak dah penuh dengan basikal meenachi kerja kilang, so aku kena lepak tempat lain. Tapi aku selalu kena denda takleh keluar rumah. Kalau nak main, kena panggil kawan2 datang rumah dan main dekat depan rumah je. Oleh kerana itu,aku semakin marah dengan diorang yg park basikal depan rumah.benda ni menyebabkan kawan2 aku dah malas main n lepak depan rumah aku.

satu hari, aku nekad utk lakukan sesuatu supaya diorang taknak park situ lagi. Aku tau shift diorang balek kerja. Setiap malam, aku akan panjat bumbung rumah senyap-senyap, bersama aku adalah Ayat,kawan baik aku. Selain aku dan Ayat, peneman kami adalah pistol kayu buatan sendiri, berpelurukan biji hijau (aku lupa nama buah tu).

Maka, bila awek kilang tu balek kerja dan nak amek beskal, aku dan ayat akan tembak-tembak sekittar basikal tu. Dengan tujuan untuk menakutkan mereka. setiap malam selama hampir seminggu lebih kami terpaksa bekerja keras.


-----------

Ayah tanya kat india india tu, "kenapa u orang dah lama tak parking sini? U punya kawan semua jalan kaki kah dari rumah?" Kak Nithiya jawab "sorry lah abang, mereka tak berani lagi parking sini, saya sorang saja kena berani parking sini.hari hari kena kacau sama hantu.."

*Nota kaki: Filem Treats n Trick. (Filem pasal pembunuh hantu yg menyamar masa pesta)

Thursday 30 October 2014

suara kamu.

Lemah suara dia,
sayup di pendengaran aku,
suara sayu itu,
yang dan mengisi ruang rindu ini,
Suara itu memenuhi masa masa aku.
Jangan lemah sayang,
Berhenti merasai penat.
Sebab,
akan aku buang segala lelah mu itu.


Wednesday 29 October 2014

koyakkan hati aku dan lihat isinya

Nah,
ambil pisau ini, dan koyakkan dada aku,
lihat segala isi yang ada,
robeklah segalanya,
siat siat lah semahunya,
samada kau nampak parut atau luka,
atau kau lihat ada sinarnya,
itulah hati dan rasa aku untuk hidup ini.

Koyakkan sehalusnya,
agar kau dapat lihat setiap perca,
yang aku sendiri tak mampu,
untuk berkongsi rasa.

hati aku ada ;
Parut, luka dan pasti penuh dgn cinta.
kan?


ziarah malam.

Aku mimpi dia. Situasi yang sama, kami berselisih dan cuma mampu main mata dan senyum paling manis. Senyum malu malu kata aku. Mungkin terlalu merindui, luluh hati ni lihat senyum dia.

awak, awak dah lama tak jengah dan melawat saya. Tapi bila setiap kali awak datang jenguk saya, awak datang penuh makna. Terima kasih cinta. Malam tadi mungkin saya terlalu rindukan awak, awak datang dengan senyum dan uniform kegemaran saya. Hehehe.


Friday 24 October 2014

perempuan ke lelaki?

Zaman kanak kanak paling aku takkan lupa, sebab aku membesar tak ikot sepatutnya. Kalau kanak kanak perempuan lain masih bermain pondok pondok masak masak, tapi aku dah tamatkan permainan tu ketika aku masuk sekolah. Walaupon masih pegang botol susu (secara sembunyi), tapi aku pilih untuk main permainan lelaki.

Galah panjang, senapang buatan sendiri, bola sepak, sampaikan buat pondok kayu atas pokok jambu (hasil curi  papan kat belakang rumah uncle raja, jiran india yang berkerusi roda) itulah mainan aku. Dulu-dulu takde duit, jadi kalau nak main, kena guna apa je barang barang terpakai. Hehehe. Maka, aku memilih kawan-kawan yg sekufu dengan aku, yg tarafnya main game buatan sendiri.

dan sebab dah biasa buat mainan sendiri, kami curi besi buruk buat basikal, yg roda depan kecik, tayar belakang besor. Haha lepas siap, kawan aku azrin cuba naik, tapi basikal kami tu cuma mampu bertahan 2 saat je.

Bapak azrin ni best, selalu tolong kami cover line kalau nak curi barang belakang rumah uncle raja. Memang rumah uncle raja selalu jd mangsa sebab dia lumpuh, kalau kantoi pon dia takkan boleh kejar kami. HEHEHEHEE.

memandangkan adik beradik aku semua lelaki, maka aku tak kekok menjadi satu satunya perempuan dalam geng aku. Sebab diorang pon macam yakin aku ni lelaki sebenarnya.

Masa darjah lima, aku mintak ayah belikan kasut bola sebab kawan kawan aku semua ada but bola dan pakai but bola time main bola. Dan tu lah kali terakhir aku dapat main bola dgn diorang sebab ayah tak bagi dah. Ni semua salah mulut jiran puaka aku, pakcik Zul yang suka mengadu kat ayah pasal aku. Sebenarnya, pakcik zul puji tapi ayah tak terima sbg pujian. Pakcik Zul kalau jumpa aku and ayah, dia akan cakap "anak ko ni bagus tau. Lincah sangat kalau kejar bola. Dia kalau tak gol kan, memang tak sah. Ini bole jadi pemain bola malaysia ni nanti."  memang setiap kali jumpa, itu ayat kegemaran dia.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa ayah taknak terima je statement tu sebagai satu pujian.

*nota kaki  1; lepas arwah bapak azrin meninggal masa darjah 6 dulu, baru kitorang tau, setiap kali lepas kitorang mencuri belakang rumah uncle raja, arwah akan bagitau kat uncle raja, dan arwah pernah bayarkan sikit ganti rugi ler. Nasib baik uncle raja tak pernah berkira.

*nota kaki 2; sebab dah biasa bertukang untuk buat mainan sendiri masa kecik, aku satu satunya budak perempuan kat sekolah asrama dulu yang TIDAK ambil subjek Ekonomi Rumah Tangga. Hehehe, mintak tolong ayah buat surat hantar kat sekolah supaya aku tak amek ERT, tapi tukar kepada KH teras. Ala yang bertukang, guna elektrik, elektronik tu.

*Nota kaki 3; lepas sekian lama tak main bola, sapat juga aki bermain semula. Tapi dah tak best mcm dulu. Mungkin sebab diorang dah tau aku seorang perempuan kot?


Thursday 23 October 2014

Marah pada Tuhan

Aku pernah marah pada tuhan
Segala amarah sedih kecewa,
aku hambur pada Dia.
Aku salahkan dia.
Sedangkan aku lupa,
yg Dia adalah segala-galanya.

Aku gagal kawal emosi,
Dan aku salahkan Ilahi.
Yg sebenarnya saat itu,
tiada sekelumit benci pada tuhan,
cuma,
Hati ni hancur,
sakit yang menggigit seluruh saraf,
memang itu perempuan jahil ni pernah buat, dulu...

aku keliru dengan apa yg tuhan bagi,
Dia bagi, tapi aku gagal mencapai,
kalau bukan untuk aku,
kenapa Dia beri rasa untuk aku menggapai?

Maafkan aku ya Allah.

Monday 20 October 2014

keseorangan lagi?

Ada masa aku rasa aku terlalu keseorangan
dari dulu sampai sekarang
Banyak benda aku lalui keseorangan
dah banyak tahun aku  berjalan sendiri
walaupon pada mata kasar aku nampak happy
dan ramai teman disisi
tapi aku pilih untuk sendiri.

Jangan tanya kenapa,
sbb aku sendiri tak pasti,
mungkin aku dah hilang percaya dengan orang lain
sebab tu bertahun2 aku pilih untuk tempuh sendiri.

entahlah.

kalau dulu, bila rasa sunyi,
aku akan naik komuter,
Dari pangkal hingga hujung destinasi,
ada masa pandu kereta dari kuala lumpur ke melaka-
Selalunya aku pandu tanpa arah.
bila aku tasa sedih, sepi
aku akan membawa diri.
sorang-sorang, hanya berteman hati.

Sehingga aku berjumpa seseorang
Dan aku mula berani,
untuk tidak sendiri lagi.
kami pandu dari KL ke JB,
Ada masa ke PD,
semata mata utk isi hati kami.

tuhan hantar dia
untuk aku tak keseorangan lagi.
tapi entah kenapa aku terus diuji---
walaupon berteman, tapi tak disisi.

Tuhan, ambillah apa yg ada pada aku,
Dan kembalikan dia utk ku sbg pendamping.
Jangan kau ambil nyawa ku,
selagi dia tak disamping.



Thursday 16 October 2014

KERANA YANG SATU ITU

Sebenarnya,
ada lelah dalam setiap langkah aku,
Selemah mana kudrat kaki dan tangan ini,
aku masih mahu bangkit,
cuba bertatih semula
untuk belajar berlari.

semuanya kerana satu hal,
yang tuhan hantar kepada aku,
dan meyakinkan aku,
bahawa aku masih mampu.
untuk bangun dan berjuang,
dan aku masih mampu mengukir senyuman.

satu hal yg tuhan beri itu,
aku genggam,
aku semat dalam diri,
Bahawa selemah lemah aku,
masih ada peluang untuk bahagia.

Dan setiap kekuatan untuk aku bangun hari ini,
adalah kerana, HATI.

Terima kasih tuhan sudi menghantar kekuatan aku.

Saturday 11 October 2014

Thursday 9 October 2014

Analogi cinta kita.

Bila kau yg di hadam
dalam setiap minda aku
kau yg aku jejaki
dalam setiap langkah aku.

cinta aku pada kau,
sepanjang panjang jalan untuk diredah,
seluas luas laut yg tak terlihat

Umpama
kau lah ubat untuk sakit aku
dan
aku lah penawar untuk duka kau.

kita langkah jua setiap lubang
dan lopak depan mata
selagi ada kau sebelah aku
Dan aku disisi kau,
kita sempurna.

kita sempurna utk tempuh segalanya
bersama sama.

Wednesday 8 October 2014

cinta itu magic.

Cinta tu magic. Kadang-kadang kita sendiri tak sedar bila kita mula jatuh cinta. Yg aku sedar, tiba tiba je aku nak cari dia bila mula celik mata. Aku sedar aku dah mula cinta dia bila aku rasa setiap masa nak dekat dengan dia. Bila aku rasa aku asek terbayang dia, bila semua perkara aku akan kaitkan dengan dia. Dan yg paling aku sedar bila aku mula ada rasa cemburu dekat dia. By tht time aku sedar aku sebenarnya dah jatuh cinta.

Aku tahu aku dah jatuh cinta kat dia bila aku mula lakukan macam macam untuk attract perhatian dia. Aku saja aktifkan group whatsapp yg ada dia, thenn selalu post ntah apa2 kat fb supaya dia like dan sedsr kewujudan aku, bila asek online whtsapp tgk last seen dia. Tapi time tu malu nak mengaku yg hati aku dah terdetik utk dia. Sebab aku rasa aku tepuk sebelah tangan.

Aku mula lah cari dan kenal dia lebih jauh, stalk fb dia. Dengar cerita dr kawan pasal dia. Masa tu aku mula nak jauhkan dari dia. Marah pon ada jugak sebab dia yg ketuk pintu kita, pastu dia tak jadi masuk pulak. Sebenarnya dua dua main tarik tali masa tu. (--.--) masa tu patah hati kejap. Mula lah fefeeling 'ah lelaki semua sama'. Dan dua dua pihak terus main tarik tali.

Tapi sambil dua dua main tarik tali, sempat juga cuit cuit hati. Daripada aku kau, tiba tiba saya awak. Magic sangat, rasa awkward sebab kali terakhir bersaya awak ni macam dah lama gilos. Gila ko tak kekok bersaya awak. HAHAHA.

Aku pon tak sedar masa bila, tiba tiba jadi berabang bersayang. Eh? Bila? Bila masa declare cinta? Tak ada. Yes jawapannya tak ada exact date macam orang lain. There is no annivesary date for us. Tapi insyaallah one fine day, the date will come.

Kan aku cakap, cinta tu magic. Aku tak mampu nak rungkai rasa cinta ni. Hanya bole rasa sendiri. Cinta tu magic, aku yg kasar boleh jadi paling lembut dengan dia. Aku yg baran boleh jadi cepat cool dengan dia. Aku yg paling degil ni boleh dengar cakap dia. Kan aku dah kata, cinta itu magic.

Sekarang, aku makin cinta dia. Aku sedar aku semakin cinta dia, lebih cinta dia. Tapi jangan tanya kenapa bagaimana atau bila. Sebab ia berlaku dengan tiba tiba. Kalau hati ni boleh bercakap, aku izinkan dia berkata-kata.

Hamka berkata, "Cinta itu perjuangan". Tak kisah pada siapa atau pada apa pon kau cinta, kau perjuangkanlah. Hidup kita seperti pentas opera, yang akan di uji di plot plot tertentu. Dan yg pasti setiap opera drama atau filem, pastinya berakhir dengan kemenangan. Maksud aku, HAPPY ENDING. tapi sebelum mencapai happy ending tu, kita perlu melalui bermacam perkara, seperti yg telah diplotkan oleh penulis skrip.

Cinta tu magic. Bukan imaginasi. Kalau betul cinta, you will feel the magic.

Sayang, cinta tu magic kan? Sebab sekarang ni, setiap apa yg saya lakukan, mesti demi awak, demi kita.

Saya sayang awak lah buah hatiku.


Thursday 2 October 2014

takut.

Aku laju mengejar
aku kejar dia
yang aku takut
makin jauh.

aku takut
takut takut aku terjatuh
waktu sedang mengejar

takut aku makin parah
bila dia aku rasa
mula menjauh
bukan dia cuba jauh
tapi masa masa dia--untuk masa depan

aku takut
takut diabai
takut takut dia menjauh
sbb aku jauh.

takut aku,
aku kunci dalam hati
buang jauh dari mimpi
Taknak aku fikir kat dunia realiti

maka
takut aku ini--
Aku bia mati.



Thursday 18 September 2014

Sesal Separuh Nyawa

Andai pastinya ku tahu,
Takkan aku tinggalkanmu,
Namun masih keliru teringat masa lalu.

Tetap tiada kulupakan,
Indah setiap sentuhan,
Cinta yang kau tinggalkan,
Kekalnya berdampingan.

Mana harusku hamparkan,
Rindu tiada kesudahan,
Sesal biar separuh nyawa,
Takkan hilang,

Masih terasa nafasmu,
Lembut menusuk jiwaku,
Dengan dihembus bayu,
Membawa khabar rindu,

Tapi sulit kuteruskan,
Engkau jauh kehadapan,
Aku, tabah berjalan sembunyikan harapan,

SESAL BIAR SEPARUH NYAWA, TAKKAN HILANG.

Tuesday 26 August 2014

peluang kedua yg terakhir

Assalamualaikum.

setiap manusia pasti hidupnya seperti roda. Setinggi mana pon dia berada, akan ada 1 masa yg dia juga akan duduk di bawah. Serendah mana pon dia terduduk, pasti tuhan akan beri dia rasa nikmat di tempat tertinggi. ALLAH sentiasa memberi peluang kepada hambanya. Peluang dari pelbagai sudut dan cara.

pasti.

kerana tuhan itu Maha Adil ; al-Adl.

Dan aku selalu minta pada tuhan moga moga dia berikan aku peluang kedua, yg aku andaikan peluang terakhir aku untuk bahagia. Aku tak tahu nak hurai apa yg aku rasa. Tpi dari mula aku nekad untuk juangkan cinta aku, ada satu keyakinan yg selalu aku pegang. Seriously, aku sendiri tak pasti kenapa aku terlalu yakin. Mungkin sebab itulah perasaan yg tuhan bagi kat aku. Selain perasaan cinta, ada satu keyakinan yg selalu melintasi minda dan fikiran aku, lalu secara spontannya berada dihujung doa aku, iaitu

 ".....kerana aku terlalu yakin dengan perasaan bahawa dia mampu membimbing dan membawa aku dan zuriat zuriat kami ke syurga Mu.."

Dia bukan ustaz, dia bukan para ulama, dia juga bukan graduan lu
dari mana mana universiti agama atau jurusan agama. Dia hanyala manusia biasa yg melalui fasa-fasa kehidupan sama seperti kita semua.

Makin lama makin kuat. Aku yakin aku lebih dekat dengan syurga bila kami hidup bersama. Perasaan ni aku tak pernah rasa sebelum ni.

Dan aku bermain dengan andaian sendiri. hehhee.

terima kasih untuk segalanya.

Sunday 17 August 2014

#love ; Semaian

Tuhan
patrikan hati ini
Sekuat dan selama hayat
seperti rasa cinta ini

izinkan wahai tuhan
izinkan ia terus bercambah
dan memberi sinar
sambil bahagia
yg sentiasa tiba

aku, dia
kau beri kami rasa cinta
yg kau tau maha hebat.

duhai hati,
wahai cinta,

semaikan rasa yg tuhan beri.


Saturday 16 August 2014

Jangan Kalah!

"Bila kita mula rasa ingin mengalah, ingatkan kembali kenapa kita mampu bertahan selama ini." -anonymous

Aku selalu paksikan kata kata ni dalam hati. As he told me before,

"Kalau awak mula rasa benci seseorg, ingat balik camne awak boleh sayang dia, ingat kenangan manis bersama.."

*pause*

Saya takkan kalah melakukan hal yg sedang saya lakukan ini. Andai satu masa nanti tiada lagi daya utk saya bangkit, percayalah, hati saya akan selalu sama utk terus berjuang. Sampai bila-bila. Andai suatu hari nnt ingatan saya pudar, percayalah hati saya selalu ada rasa cinta tu. Hati itu yg akan semai cinta yg satu tu. Hati itulah yg akan pegang kata kata dan impian saya.

Yakinlah, saya takkan mengalah, mengaku kalah atau menyerah kalah.

Sampai akhir nafas saya.

sampai tuhan kata, "cukuplah rasa derita."

Sampai tuhan izinkan bersama.

moga moga jodoh kita ada didunia...

Dan disyurga.





Amin..ya rabbal a'lamin..

Wednesday 13 August 2014

Kewujudan

Aku tau aku jatuh cinta bila aku dapat rasa cemburu tu wujud.

cemburu, 1 perasaan yg dah lama aku tak rasa. Bertahun-tahun hidup takde rasa cemburu, sekarang datang balik. Awkward moment bila mulut kau nafi perasaan cemburu tu tapi dalam hati pedih rasa nak pecah menahan sakit cemburu.

keduanya aku tau aku dah mula jatuh cinta bila ada sesuatu yg tak best, perkara tu sampai kat hati kemudian rasa ngilu. Sesuatu sangat. Ngilu kat hati, sampai sekarang aku tak faham macamane perasaan ngilu tu betul-betul ada. Sakit hati yang mencucuk-cucuk. Sedangkan itu hanya perasaan!

Aku sedar yg aku dah jatuh cinta bila aku letakkan DIA kedua selepas ayah aku.

aku tak sangka aku jatuh cinta balik. Tolong biarkan cinta ni mati terpatri di hati.

Terima kasih cinta sebab sudi menjengah.

Tuesday 12 August 2014

tell me how?

Bagitau aku, apa cara yang boleh aku buat untuk hilangkan dia walau sekejap? Tiada. Its all about him. Bukan tak pernah cuba, tapi tak pernah berjaya. Dan sekarang aku yakin yang aku takkan berjaya hilangkan dia sampai bila-bila. Dah aku rayu pada tuhan, pernah aku merintih pada Dia, yang tetap kuat dalam hati ini cuma dia si penerima cinta aku.

Apa rutin harian yang tak mengingatkan aku pada dia? Semuanya ada selit wajah dia. Ya Allah, sekuat mana kau beri perasaan ini pada aku, kuatkan juga kaki aku untuk menempuh ujian ini.

Tolong..

*pause*

Lagu kegemaran yg wajib-nyanyi-bila-bila-masa kami.

Faizal Tahir ; Hanyut

Rindu awak.
*tangan di dada, alfatihah*
RINDU.

rindu..

rindu.

Sayang... tunggu kepulangan aku ya..

diari peribadi paling best

Hehehe kalau dulu dulu diari lebih bersifat buku, tapi skang versi best sikit. Taip je. Sesuai untuk orang bertulisan buruk macam aku. (Bukan buruk tapi selalu tulisan aku berubah ikot mood. Kalau happy cantik kalau lapar hazabkebedah sangat tulisannya.)

Blog ni adalah tempat aku nak luahkan 20% segala rasa yang aku ada. Sedih gembira rindu moody meradang. Nanti bila ada chance aku akan baca balek. Pastu sibuk nangis macam firsttime baca blog sendiri. Haha hina sangat perangai tu! dulu dulu kalau aku sedih aku suka share cerita aku kat fynn jamal. Aku suka emel (walaupon tak penah dapat balas) hahaha sekurang kurangnya lega sikit. Susah nak percaya orang. Jenis aku bila percaya orang, aku takkan berkepit or tunjuk sangat tentang manusia yg aku percaya tu.

Hahaha keji tak perangai? Ntah lah. Mungkin sebab aku takot aku hilang orang yg aku percaya. Or maybe aku takut kalau aku exposekan sangat manusia yg aku percaya or ala ala bestfren forever yang berkepit 24jam, nanti.... *pause*. Biarlah rahsia, hehehe.

paling rare, aku ada manusia yg tak pernah jumpa langsung tapi boleh jadi kawan baik alam maya dan menjadi kepercayaan aku. Dan alhamdulillah dia pon masih percaya aku. Dah jadi kawan camni sejak beberapa tahun dulu. Daripada dia anak sorang, sekarang dah tiga. Dia pernah offer aku lepak rumah dia kalau aku berniat nak lari dari rumah. Sebab alasannya, takda sapa tau kami kawan baik so takkan sape datang cari aku kat rumah dia. Lol (nampak tak motif aku rahsiakan kawan2 baik yang PALING dipercayai ni)

Haih. Kawan. Ada kawan kawan yang aku rindu. Kawan dari tadika dulu dan sekarang. Haih sebab diorang banyak tolong aku masa susah. Bila senang aku sombong dengan diorang hahahaha. Ok tak lawak.

Kawan, aku tau korang rindu gak dengan aku kan?!

dan tiba tiba aku tak fahaman kaitan tajuk dengan apa yang aku taip ni? Hmm. Nak padam ke publish? Padam ke publish? Padam ke.. ok publish.

Kau hingat kau hanis zalikha fynn jamal nuzuin orang nak hegeh and kesah apa kau carut?

Monday 11 August 2014

utusan

Bila celik, bila pejam, dalam setiap jaga atau diam, yang muncul tu hanya kau. Memang hanya kau yg dah aku campak paling jauh, paling dalam dalam hati dan sanubari aku. Minda ni dikejar kejar bayangan dan setiap kenangan. Cuma kau. Hanya kau. Manusia yg aku paling cinta. Paling. Terpaling.

Sayang, duduk situ diam diam dalam hati aku. Usik lah setiap ruang setiap bucu hati aku. Sentuhlah. Sebab ia cukup mendamaikan.

I love you.


sayang,
2.55 am | 11 syawal.
Somewhere in your heart.

Sunday 10 August 2014

memey suhaiza ; hijrah selebriti

Aku tengok tv. Keluar iklan memey dalam slot Hijrah zselebriti. Aku sebak. Aku nangis. Aku rasa dia cukup kuat. Paling kuat sebab aib dia satu malaysia tahu. Kebenaran hanya Allah yg tahu.

Ada satu ayat dia cakap "sampai satu tahap saya rasa 'macamana aku nak teruskan kehidupan ni."

Yes memey, aku rasa yg sama. Tapi sama seperti orang lain, setiap dugaan yg kita tempuh, pasti ada kekuatan di belakang kita kan? Memey, aku jadikan kau sebagai benchmark untuk mengurangkan sedikit rasa berat yg aku tanggung ni. Aku terpaksa buat untuk jadikan diri aku lebih kuat.

Memey, kekuatan kau ada saat itu mungkin kerana kewujudan keluarga di belakang kau, and mungkin sebab kuat cinta kau pada Norman.

alhamdulillah, aku nampak kebahagiaan yg kau dapat sekarang dik. Tahniah. Alhamdulillah.

dan aku berharap untuk setiap ujian aku aku lalui harini, akan ada bahagia untuk aku dan dia, sama seperti bahagia kau dengan norman.

aku kuat sebab aku tengok ujian org lain lagi hebat..

memey, tahniah.. kau buktikan yg masa silam takkan mengganggu masa sekarang kau.

Kekuatan aku hanya perasaan cinta aku. Itu je yg aku ada.

*sebak*


Friday 8 August 2014

sejenak

Kadang-kadang aku rasa tercela dengan sendirinya.

Sekarang aku percaya,
manusia tak pernah ingat setiap kebaikan yg kita lakukan,
dan mereka juga tak pernah lupa 1 keburukan yg kita terlepas buat.

Hilang mereka dalam nyata,
tapi syukur tuhan dan sidia masih ada,
untuk aku luah segala sakit dan pedih,
unuk kongsi yang gembira atau sedih.

terima kasih.


bjork

I love him,
I love him
She loves him, she loves him.
This time,
She loves him, she loves him..

I'm gonna keep it to myself

She loves him, she loves him
She loves him, she loves him
This time,
I'm gonna keep me all to myself

She loves him, she loves him
And he makes me want to hand myself over
She loves him, she loves him
She loves him, she loves him
And he makes me want to hand myself over..

Thursday 7 August 2014

tolong

Remuk
retak
hancur,
hati sendiri.

digam semula,
dicantum
dilekat.

tapi kesannya masih ada tersemat.

sakit.

tuhan, sungguh kami sakit.
Aku sakit.

berikan sedikit penawar sementara kau beri kami bahagia bersama.

tuhan.

tolong.
tolong..

yang retak remuk ni,
hati kami.

izinkan kami wahai tuhan,
utk berdiri disyurga bersama.

bantu kami tuhan,
hapuskan airmata kami,
air mata utk segala perit ini.

Tuhan ku,
Allahurabbi
Allahuakbar
Percepatkan keajaiban.

hentikan balasan ini.
cukup dah aku sedar
segala kekhilafan lalu.

tuhan
Kau yg paling berkuasa
Kau yg Maha mengetahui.
bantu aku.

Tolong..

rintih dan air mata ini,
Dah Kau saksikan..

seperti yg nyata di Quran Mu,
tersusun baris surah Al Mulk,
pasti Kau tahu setiap inci niat di dada kami.

sekuat perasaan yg telah kau beri,
kuatkan juga kaki dan hati kami.

amin ya rabb.


amin.

Seka airmata aku.
alhamdulillah.


How long will I love you - Ellie Goulding

How long will I love you?
As long as stars are above you
And longer, if I can..

How long will I need you?
As long as the seasons need to
Follow their plan..

How long will I be with you?
As long as the sea is bound to
Wash upon the sand..
How long will I want you?
As long as you want me to
And longer by far..

How long will I hold you?
As long as your father told you,
As long as you can..

How long will I give to you?
As long as I live through you
However long you say..

We're all traveling through time together
Every day of our lives..

All we can do is do our best,
To relish this remarkable ride..

I love you, sayang.

Monday 4 August 2014

Tiada lagi kata yang mampu di coret untuk meluahkan yg terkandung dihati.

;(

am I that cruel?

Entahlah. Aku sendiri tak mampu menjawab persoalan tu. Kadang kadang aku rasa aku dah bertindak zalim terhadap org yg aku sayang. Aku selalu tanya samada aku menyeksa dia atau tak.

Adakah aku zalim membiarkan seorang manusia yg berhak untuk hidup normal dan bahagia terjebak dengan masalah yg berpunca dr tindakan bodoh aku?

Adakah aku zalim membenarkan diri org yg aku sayang terseksa menanti sesuatu yg aku sendiri tak mampu nak jawab. Setiap kali soalan 'bila?' Tu muncul, aku kaku. Lidah aku seolah tak terdaya nak menjawab. Cuma perasaan keyakinan ini membuatkan aku terfikir yg apa aku lakukan bukan sia sia.

adakah aku zalim kerana membuatkan org yg aku sayang tertanya tanya dan merasa dipermainkan?

orang kata, kalau kita sayang seseorang tu, kita pasti nak tengok dia bahagia. Ya, aku pon teringin lihat dia bahagia. Dia berhak untuk itu. Mulut alu membenarkan dia pergi hidup seperti orang lain. Tapi hatinaku tak izinkan untuk melepaskan dia.

zalim ke aku?

Macamane aku nak terus berjalan tanpa dia? Aku tak mampu.

Aku bukan nak terlalu mrmentingkan diri hingga menyeksa dia. Aku taknak dia sakit. Biarlah aku yang tanggung semua ni..

sayang..kalau awak terbaca nota saya ni, carilah kebahagian awak. Saya tau awak banyak terseksa sepanjang kenal saya. Maafkan saya.. sungguh, tak pernah terniat untuk menyeksa awak, memperguna atau mempermainkan awak. Saya tau awak sendiri ragu ragu dengan perasaan saya sebab sy pernah bertindak bodoh. Tapi percayalah... awak dah berjaya curi hati saya...

saya faham... saya faham... awak berhak bahagia..

sakit... biar saya yg tggung.. mungkin ini balasan untuk kejahilan masa lalu saya... 1 perkara perlu awak tau, saya tak pernah berniat nak mempermainkan awak. Saya mengaku saya memang jahat, selalu permainkan lelaki (orang cakap) tapi saya tak pernah nak mempermainkan perasaan awak. Saya sendiri tak sangka saya bole cinta awak sebanyak ni.

Saya sayang awak... sayang awak.. apa yg awak rasa sekarang sama dengan apa yg saya rasa sekarang.

**jarilajumenaiptapihatitakseiringlangsungdenganapayangakutaip.

Sunday 3 August 2014

100 hari.

Harini, hari ke 100 tidak bersua muka.

Kaku.

tak mampu aku nak ungkapkan seksanya hati ini. Tapi, inilah kekuatan aku. Hari ke 100, saya semakin cinta awak. Walau jauh dimata, awak paling dekat dalam hati saya. Paling dekat dalam setiap doa saya.

Pemisah kami hanya maut. Biar tembok tak terdaya utk aku tembus, tapi hati berjaya melakukannya.

sumpah saya rindu awak.

maaf, sakitkan awak dengan perbuatan bodoh saya.

rindu awak.

senyum awak.

ketawa awak.

manja nakal dan mengada awak.

garang dan tegas awak.

saya rindu.

assalamualaikum cinta saya. Tunggu kepulangan saya ya?

Monday 28 July 2014

hari raya?

Malam raya ini, tiada lagi takbir di sudut-sudut rumah. Alhamdulillah syukur pada Mu. ari raya ini, adalah hari untuk meraikan kemenangan selepas habisnya ramadhan. Memadai dirai dengan seadanya.

Tiada baju raya.
Tiada istilah raya bersama keluarga, ayah dan bonda.

Raya ini, membuktikan aku manusia yg dipilih oleh Allah unuk melalui ujian ini. Ujian yg dulu aku selalu rasa hanya dongengan, kini aku hadapi sendiri.

Terima kasih tuhan. Tidak pernah sekali pon aku menyalahkan Kau, ya tuhanku. Memang sesekali terasa betapa lelahnya diri ini, tapi aku meletakkan kepercayaan sepenuh kepada Mu, dan berharap ada sinar untuk aku dan dia di kemudian hari.

Berat...

Berat Ya Allah.. kadang, aku rasa tak kuat hingga meminta Kau menarik nyawa ku. Tapi, keyakinan dan perasaan cinta ini, yang telah kau beri membuatkan aku kuat untuk melawan, tidak lagi pasrah.

Aku manusia lemah. Yang ada masa tidak mampu berdiri atau menitip kata.

Aku syukur pada Mu Ya Allah, kerana memberikan aku kekuatan dan keyakinan untuk aku mendapatkan bahagia itu.

Ayah, bonda, maafkan aku. Tetapi percayalah, setiap kesakitan yg kita lalui ini, Allah akan bagi penawar dan penyembuhnya. Terima kasih. Walaupon terasa jauh, tapi insyaallah kalian sentiasa di dalam doa aku.

Sayang, tunggu aku ya? Insyaallah akan kita raikan raya akan datang bersama-sama. Teruskan kuat. Teruskan berdoa.

Yang memahami hati kita, yg mengetahui niat kita, hanya Allah. Meminta2 lah kepada Nya.

Ya Allah, disetiap ujian kau beri kepada kami, mohon titipkan sedikit senyuman dan bahagianya kehidupan. Terima kasih untuk segalanya ya Allah.

Sayang, selamat hari raya maaf zahir batin.

Thursday 24 July 2014

SUNGGUH!

RINDU.

Kalau mampu aku buka hati ini dan cucikan sakit menanggung rindu,aku akan buat.

Tapi yakinlah, merindui kau sesuatu yang membahagiakan hari hari aku.

jangan jauh.

Tolong aku.

dalam keadaan aku sedang terkapai-kapai melimtasi perjalanan ini, tolong jangan jauh. Bila aku sedang berpaut pada sisi kau, tolong jangan jauh.

Aku manusia biasa yg kadang-kadang rapuh bila melangkah. Aku semat kau dalam hati dan doa aku setiap hari, dan bila ia menjadi rutin, tolong jangan jauh.

Kenapa.. tolong jangan pergi jauh dari ruang hati aku yg kau dah penuhkan.

tolong aku.

Tuesday 22 July 2014

#islamquote

"Know that Allah has a purpose for your pain,
A reason for your struggle,

and,

Rewards for your faithfulness."


INSYAALLAH.

#lovequote

"The beginning -- I,
The middle-- Love,
The end, is YOU."

Christopher Poindexter

Monday 21 July 2014

14 tahun.

Assalamualaikum.

Aku terimbas sesuatu yg sangat dulu-dulu. Zaman kanak-kanak aku hingga ke harini. Alhamdulillah dalam hidup ni, aku ada merasa bahagianya. Terima kasih Allah swt.

Masa umur 4-5 tahun, aku mula dibesarkan dengan suasana sekeliling aku. Kanak-kanak riang ini mula tau apa itu hidup. Yang dulunya kami kais pagi makan pagi. Kais petang, dpt lah makan petang dan malam. Tapi kami bahagia dengan dunia kami sahaja.

aku dibesarkan dengan orang sekeliling yg gemar mencaci maki keluarga kecil aku. Gara-gara perkahwinan orang tua yg tidak berestu, saudara mara termasuk nenek tidak henti-henti mencari salah kami.

Mak aku ajar, biarkan mereka mencaci, orang macam kita ni kena usaha amek hati, bukan sama berbalas maki.

Dan itu pesanan aku pegang. Aku dibesarkan dengan keadaan dimana aku perlu telan segala pahit, aku perlu menjaga hati orang sekeliling walaupon hati ada rasa sikit sakit.  Lol

Perlahan-lahan, aku berjaya pikat hati nenek aku dan beberapa saudara. Kami adik beradik berjaya kurangkan sedikit rasa benci di hati mereka. (Agaknya kot hehe) Mak dan ayah aku kata, kita orang susah, orang benci kita, cari dan dapatkan sesuatu yang buat org boleh pandang kita tinggi sikit dr dulu. Alhamdulillah, abang abang aku berjaya dalam bidang akademi. Sekaligus memikat hati nenek kerana jd cucu pertama masuk asrama penuh dan masuk universiti.

Tapi aku tetap sama menjadi kanak kanak yang sentiasa menjaga hati orang lain, dan berusaha untuk dipandang tinggi oleh orang lain. Zaman kanak kanak aku tak macam budak perempuan yg lain. Kalau kalian sibuk bermain, aku sibuk mencari tin. Sebenarnya masa tu mak ayah aku mampu memberi apa yg aku minta tapi, mungkin dah biasa dari kecik hidup dalam adventure. Hahaha.

Abang kedua aku, sangat jauh dengan aku. Jauh sangat. Aku dah biasa disepak terajang, dipukul ditendang. Itu membuatkan aku ada sikit perangai 'jantan'. Hahaha. Betul.. dan fasa itu, aku tertekan. Aku cuma ada ayah sebagai peneman. Mak aku cakap abang kedua aku tu sayang aku, cuma mungkin dia cemburu sbb ayah selalu lebihkan aku. Dan aku akhiri zaman kanak2 aku dengan terus menjaga hati dan mengambil hati abang kedua aku.

aku langkah ke sekolah menengah, tapi aku tak betah duduk dirumah. Ada je benda yg aku buat salah dimata angah. Tiada sapa tau sakit aku sebab aku perlu berlakon depan ibu dan ayah. Kan aku perlu menjaga hati mereka. Di tingkatan satu aku dah mula keluar rumah. Aku syukur mak ayah aku percaya aku. Aku mula sentiasa sibuk dengan aktiviti dan dunia aku sendiri. Camping sana-sini. Ikot program-program NGO dan sentiasa sibukkan diri dengan aktiviti  sekolah. Aku menjadi wakil sekolah dalam debate, choral speaking, chess, pertandingan pantun dan lain-lain. (Masa sekolah rendah aktif sukan pecut and wakil sekolah/ daerah dalam olahraga tapi masuk tingkatan satu, minat indoor game plak! Hahahhaa) so masa aku dirumah agak terhad dan aku happy sebab tak perlu jumpa dan tengok angah. Aku tak pasti samada itu dendam atau apa.

Sehingga lah aku tingkatan 2, aku semakim tertekan dengan angah. Akademi aku mula terganggu. Aku cakap dengan ayah yg aku nak masuk asrama. Tapi ayah tak pernah tau kenapa aku nak keluar rumah. Sepanjang aku disepak terajang abang kedua aku, ayah tak pernah tau.

Dan kebetulan ada sebuah sekolah yg baru dibuka.. dan latar belakang akademi aku yg agak cemerlang (top 10 best student berbanding 250 student tingkatan 1.) So aku melayakkan diri aku masuk sekolah tu...

Dan di sekolah asrama itu, buat aku makin jauh dari dunia aku.. dan aku bukan lagi sama macam dulu...... the worst place for me tp itu lah tempat bermulanya aku yang sekarang.

hmm.

*pause*

I still can feel the pain for my childhood life.

Sunday 20 July 2014

my unpredictable man

Aku rindu dia, lelaki yang sukar dijangka. But i love it.

Dia boleh jadi yg paling manja, boleh jadi yang paling manis. Yang paling garang. Yang paling serius dan tegas. Yang paling pendiam (mulut je pendiam tapi mata dia suka memerhati sekeliling). dia juga bole jadi yang pemalu, ada masa dia boleh gelak.

Ada masa dia boleh meradang, sebelum jadi yang paaaaaling tenang.

Yes, you are my man.

He can twist in a few second. He just be diri sendiri. And i wish it will be forever. sebab hobi aku adalah melayan manja mengada meradang merajuk dia. Hehehe. Dia jadi diri sendiri depan aku, aku jadi diri sendiri depan dia. harap-harap perasaan ini adalah selamanya.

Saya rindu awak tahu?

Friday 18 July 2014

cerita cinta kita

Drama Cerita Cinta Kita yg bersiaran di TV3.

Aku memang jarang tonton tv. Tapi ada satu hari aku melintas di ruang tamu dan mendengar dialog dalam drama tu.

heh.

aku tersenyum sinis. Aku duduk dan terus menonton. Dari senyum yg paling sinis, aku sebak. Aku teringat seseorang. Kisah itu hampir sama kisah aku. Sejak kejadian 'itu' berlaku, aku selalu mengandaikan aku adalah watak dalam setiap drama yg jalan ceritanya hampir sama dengan aku.

dan aku berdoa agar pengakhiran aku adalam sama seperti pengakhiran setiap drama yg HAPPY ENDING.

aku google untuk mencari sinopsis kisah itu. Baca sambil tertitis airmata. Sama. Kisahnya hampir sama tapi tak sehebat kisah kami kerana ia adalah realiti. Hmm. Allah, kuatkan aku. Aku pernah dikurung. Di 'mental tortured' setiap hari. Sampai ada satu saat aku rasa aku hampir gila. Aku google simtom gila. Hahahahaa ya, aku memang gemar google.. aku cenderung ke arah masalah tekanan jiwa (psikatri). Tapi Alhamdulillah, cepat2 aku sujud pada Allah swt. Aku semat dalam hati yg Allah takkan uji lebih dari daya tahan aku. aku semat dalam hati yg Allah selalu bantu aku.

Insyaallah.

dan aku masih memperjuangkan cinta aku.

Sayang, tunggu aku ya?


Tuesday 15 July 2014

Tahu.

Mereka kata aku gila.

Sekurang-kurangnya, kegilaan aku ini telah membawa aku dekat dengan Allah swt. Alhamdulillah. Aku yg jahil dulu, menjadikan Allah swt sebagai 'rakan baik' aku. Segala masalah aku adu domba pada dia. Segala bahagia aku syukur pada dia.

Ya sekurang-kurangnya cinta aku pada manusia yg satu itu telah menguatkan cinta aku pada Allah swt.

Kini, cinta Allah swt membawa aku kepada cinta yg satu itu. Terima kasih.

walaupon pernah dikurung untuk memisahkan kami, tapi perasaan ini semakim kuat untuk melawan. Ya Allah swt, bantu kami. Permudahkan urusan kami. Kerana sesungguhnya Hanya Kau yg Maha Mengetahui segala yg ada di dalam dada-dada kami.

AMIM YA RABB.

yang belum terungkai.

SUNGGUH,

aku masih cari perkataan dan ayat yg mampu merungkai segala perasaan cinta dalam hati.

DAN,

hingga kini tiadaayat mampu mempamerkan kasih dan sayang aku kepada dia. Betapa kuatnya perasaan ini hingga aku tidak mampu merungkainya dengan kata-kata.

aku janji, satu hari nanti akan aku buktikan betapa hebatnya rasa ini. Akan aku tunjukkan samada dalam keadaan sedar atau sakit, akan aku buktikan.

sayang, tunggu aku ya?

Monday 7 July 2014

kisahnya begini.

Secara ringkasnya,

kami saling mencintai/ menyintai. Seperti pasangan lain. Dia juga sudah melamar dalam tempoh yg singkat. Dan kerana tuntutan tggjawab kepada keluarga dan budi, aku terpaksa menyakiti hati kami.

bodoh dan jahilnya aku ketika itu.

dan kami meniti hari dan malam kami dengan keindahan.

Meniti hari hari kami dengan kebahagiaan.

hingga aku terpisah di kurungan.

dia disana, dicaci maki.

Aku disini, terus dikurung dan terkunci.

Bodoh dan jahilnya aku.

ya Allah, izinkan aku perbaiki segalanya.

Air Panas.

Memandangkan hobi dia adalah melayan karenah aku, maka ada satu malam saat 12 tgh malam, dia bawa aku ke kolam air panas. Ramai orang rupanya walaupon dah tengah malam. Ada yg datang bersama rakan, ada yg datang membawa keluarga, ada yg datang untuk berubat.

Dan aku datang bersama dia.

Dia tidak menaburkan harta benda atau pon duit. Alhamdulillah, hidup aku penuh dengan kasih sayang dia. Memang tak kenyang dengan kasih sayang tapi kami cukup makan (terlebih makan pon ye gak, hahaha)

Indah.

Kenangan ini, aku harapkan agar terus diingatan.

sayang, aku masih perjuangkan cinta kita.

tunggu aku ya?

rindu.

Aku rindu perkenalan singkat kami. Walaupon singkat, tapi penuh makna.

Dia lelaki yang tak perlu tunggu lama untuk menjadikan aku suri dia. Aku rindu momen itu. Saat dia yakin aku lah jodoh dia. Aku masih ingat momen kami terserempak 3 kali dalam sehari tanpa dirancang. Hahaha. Indah.

Tapi saat itu aku masih terpinga-pinga. Bertahun lama aku tak rasa perasaan cinta selepas cinta dulu ditentang keluarga.

Tapi cinta kali ni maha hebat perasaannya. Dan ujian nya juga tak terhenti air mata.

bodohnya aku. Menidakkan perasaan sendiri demi hal duniawi.

Bodoh.

ya Allah, izinkan aku meniti hari akhir aku bersama dia, sebagai pasangan halal dimata Mu. Izinkan kami. Izinkan..

walau aku terkurung dan jauh dari pandangan dia, hati kami sentiasa dekat bersama.


mungkin ini karma.

Assalamualaikum.

bila berteleku terlalu lama, mengimbas dosa dan silap yg lama, aku mula terfikir sesuatu. Mungkinkah ini karma aku? Adakah ujian dan dugaan yang aku tempuh ni adalah sebagai satu peringatan atas  dosa, kesalahan atau kesilapan yg lepas. Bila imbau kembali, MUNGKIN ini lah cara Allah SWT mengingatkan aku. Allahuakbar..

Dan aku mengandaikan, ujian ini dihantar agar aku lebih menghormati dan menghargai seseorang. Sebelum ni aku alpa, dan lupa tentang apa itu cinta. Dan aku mengandaikan bahawa Allah SWT menguji aku sebelum aku dapat cinta sejati aku.

Aku redha.

titik.

lelaki itu.

Sepanjang hayat aku, ada dua manusia yg tidak pernah mempamerkan jijik mereka pada aku.

AYAH,

dan DIA.

Hingus aku, kahak aku, muntah aku, kudis dan luka aku,  segala sakit pening aku, mereka jaga tanpa rasa mual atau jijik. Sungguh, aku menyesal menyakiti hati kedua mereka. ANDAI mampu aku pusingkan masa, sumpah takkan aku sakiti kalian berdua. Maafkan aku.


Setiap kali sakit aku, ingatan hanya pada mereka berdua.

Allahurabbbi. Allah, berikan aku kekuatan.




P/s- Berat badan ; 37kg. another Kg los.


ini cerita aku

Memadai dengan cinta dari Allah swt, keluarga dan cinta dia.

Andai cinta keluarga telah jauh dari aku, izinkan aku merasai bahagia cinta dr Allah swt dan dari Dia.

Aku kejarkan sesuatu yang aku cari selama ini. Sesuatu yg telah lama hilang. Dan aku yakin segala halangan ini pasti ada hikmahnya. Ada satu fasa, bila aku terjelepuk jatuh, ditolak ditekan, hingga tak berdaya untuk bangun, ada sesuatu yg membuat jiwa aku bangkit.
Biar pon jasad aku masih terduduk kaku.

Perasaan ini makin kuat. Ya Allah, jika dia bukan untuk ku, kenapa perasaan dan keyakinan ini semakim kuat? Dan kerana perasaan yg Kau berikan ini, membuat aku terus berjuang dan yakin untuk mengejar cinta itu.

Pelbagai usaha untuk mereka pisahkan kami, tapi kenapa ia masih dekat dan kuat? Alhamdulillah, benarla perasaan aku ini.

Aku sedar banyak duri dan payah untuk mendapatkan cinta aku semula, tapi andai ini adalah untuk menjadikan cinta kami lebih kuat pd masa akan dtg, aku redha.

Semoga perjalanan perjuangan aku ini tidak sia-sia. Semoga perjalanan ini berakhir dengan keindahan yg mampu membawa kami kesyurga Mu.

Amim ya Rabb.

Friday 4 July 2014

si-penerima-cintaku

Aku dan hati aku milik seseorang. Selain milik penciptaku, hati ini terpaut dan nekad untuk di serahkan kepada manusia bernama Si Penerima Cintaku.

Dia menerima dengan lapang dada. Si Penerima Cintaku itu sudi  terima aku dalam keadaan baik dan buruk. Telah dia buktikan.

Bodohnya aku, lewat untuk sedar segalanya. Tapi aku yakin tiada istilah terlambat untuk aku kejarkan semula.

Dia, sudi terima seadanya aku. Buruk dan baik perangai aku. Kasih daj sayang dia pada aku, sama banyaknya kasih dan sayang aku.. aku terlalu yakin tentang kami.

Segala sakit dan pening aku, dia layankan. Tanpa rasa geli dan memualkan, dia layankan. Hebatnya kasih dia, membuatkan aku meletakkan dia pada carta kedua selepas ayahku. Garangnya dia, buat aku lebih menghargai diri. Tegasnya dia buat aku lebih menjaga diri. Ya, garang dan tegasnya dia adalah bertempat. Manja aku, mengada aku, dilayan bagaikan puteri. Dia sempurna untuk aku. Melengkapkan aku. Orang kata lelaki garang pukul isteri, tp untuk orang degil macam aku ni, memang kena org garang disisi. Hehehe. Lagipon siapa kita nak menilai seseorg dari luaran. Biar nampak garang dan tegasnya sekarang daripada nampak kemudian hari.

Aku terlalu menghargai cinta yg satu ini walaupon ramai yg menyatakan sudah terlambat. Selagi aku ada Allah, tiada istilah terlambat untuk aku meminta pada Allah.

hati ini dan jiwa ini, sepi tanpa dia.

Aku yakin, dia lah lelaki yg mampu menjaga aku di setiap segi dan sudut. Dan aku mgharapkan impian aku untuk dibimbing hingga ke syurga Allah bukan lah angan2 kosong.

dan setiap langkah dan tindakan aku adalah UNTUK KITA. bersabarlah dengan setiap susah payah ini. Maafkan aku melukai dan menayikiti kamu. Akan aku ingat setiap janji dan masa masa indah kita. Selamanya.

Wahai si penerima cinta ku, terima kasih untuk pengalaman ini.

Thursday 15 May 2014

Bangkit.

Assalamualaikum,

Tak pernah aku merasai sesuatu yg begini. Aku berjuang untuk sesuatu yg aku impikan. Disaat semua org menentang, makin kuat semangat aku untuk bangkit melawan.

Ada masa aku terjelepuk jatuh, demi perasaan yg satu ni, aku bangkit lagi. Biar ditolak rebah, aku bangum untuk buktikan segalanya. Benar, fitnah dan tohmahan tak lekang. Ini cabaran yg aku harus pikul dan membuktikan yg kenyataan mereka itu adalah palsu.

Aku pernah gagal dalam mempertahankan impian aku dulu. Dan cukup sekali tu aku gagal. Cinta yg satu ni, akan aku perjuangkan. Makin kuat perasaan tu, makin kuat ujian aku. Andai ini adalah bahagian aku yg Allah SWT beri, aku terima. Aku yakin, Allah menguji kami untuk sesuatu yg baik. Terima kasih Ya Rabb.

Aku selalu merasa besalah. Bersalah sbb terlalu mementingkan dunia drpd hati dan naluri sendiri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,  kalau ini lah ujian utk menyedarkan aku dengan kesalahan dan kesilapan lalu, aku terima. Aku mohon, berikan aku kekuatan. Berikan kami kekuatan dan ketabahan untuk melalui segala ujian dari Mu. Bantu lah kami, permudah dan percepatkan hikmah untuk kami. Sesungguhnya Kau mengetahui niat dan impian kami untuk ke syurga Mu.

Bantu kami, Ya Allah ya tuhanku..

Seperti biasa, aku terkaku di ruang kecil ini. Alhamdulillah.

Wednesday 14 May 2014

Kuasa Allah SWT vs syaitan.

Assalamualaikum.

Sepanjang berada disini, aku lihat manusia-manusia yg penuh dengan ketidakpuas-hatian.

Selain menghabiskan masa aku di dalam ruang terkurung ini, aku dibawa keluar untuk berubat. Pelbagai jenis rawatan yang selalunya diluar kotak pemikiran aku.

Manusia boleh mengetahui apa akan terjadi pada masa depan! Nauzibillah. Ya Allah, jauhi aku dari perkara yg boleh menduakan Mu.

Ada pula, berkopiah berperwatakan mirip alim dan ulama, dan rawatannya, sangat meragukan. Tak pernah aku baca dalam mana-mana rawatan Islam yg sebegitu. Yang boleh scan manusia hingga menjadikan orang lain Yakin dengan 'ustat' ini lebih dari Kekuasaan Allah. Astaghfirullah. Ya Allah, selamatkan aku dr kekejaman ini.

Manusia lupa yg Allah SWT tu Maha Mengetahui segalanya. Sedar ke kita bahawa ada 'ustat' yg kononnya dianugerah kebolehan itu kadangkala menggunakam khidmat pihak ketiga yg kita panggil syaitan? Manusia terlalu taksub bila mudah dipengaruhi. Taksub nya pada pakar rawatan (konon) ini sehingga melebihi taksub kepada Allah dan Islam.

Sedangkan ajaran dan rawatan dalam Islam itu sudah cukup berpaksikan kepada Al-Quran dan Islam sebenar.

Sehebat mana pon manusia, kita sbg hamba tidak mampu menandingi kuasa Allah swt.  Dan kita kena sedar hakikat itu!

Lenakan pembaringan aku

Ini aku panggil diari versi moden. Tiada buku tiada pen. Sememangnya ini sahaja yg aku ada utk menemani hari aku. (Selain Al-quran)

Tiada telefon, tiada smartphone tiada whatsapp atau facebook, tapi alhamdulillah, aku ada yang satu ni. Kalau dikurung ini menjadikan aku lebih kuat dan tabah utk menempuh masa akan datang, aku redha. Setebal mana pon penjara ciptaan kau ini, tidak mampu membataskan segala yg ada dalam hati dan minda aku. Kau hanya mampu membataskan aku dengan dunia luar.

tapi hati dan perasaan ini, tiada batasnya.

Baringla wahai jasadku, berehat lah. Lenakan pembaringanmu wahai jasadku.









*39.0 kg? Hmm. Need to gain my weight back to the normal weight, 45-48 kg.

Its Raining!

Assalamualaikum.

phew. Pagi ni hujan. Tak lebat tapi cukup utk membat jalan-jalan basah, baju di ampaian dialihkan dan..

Aku macam biasa, tidak terkesan dengan situasi yg berlaku di dunia luar. Mungkim belum terkesan.

Selebat mana pon hujan tu turun, lebat lagi air mata yg jatuh. Air mata kerinduan. Merindui itu satu nikmat utk aku bila berada di kurungan buatan ni.

Bagaimana agaknya anda yg di penjara, bertahun-tahun, hingga penuh ruang dinding mengira detik pembebasan kalian?

Allahurabbi..

Tapi jalan kita tak sama kan? Berbeza. Bahagian aku begini, bahagian kalian begitu. Ujian dan dugaan kt mungkin berbeza mengikut kekuatan diri. Dan aku tak sangka aku sekuat dan setabah ini. Itu yg nama nya CINTA.

Kecintaan untuk kami bersama ke jalan dan syurga Allah swt.

Ok, hujan berhenti. Dan aku tetap terbaring bersama harapan dan impian aku.





"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..Sesungguhnya engkau yg Maha Mengetahui segala yg ada di langit dan bumi, Kau juga Maha Mengetahui niat dan isi hati kami, permudahkan urusan kami. Berikan kami kekuatan utk menempuh setiap ujian Mu Ya Allah... Kepada Kau kami memohon bantuan. Perlancarkan segalanya Ya Allah.."

Sunday 11 May 2014

Dua bayang

Hidup aku adalah normal. Yang bezanya aku ada dua bayang bayang.

No, bukan..aku bukan hantu.

Mana saja kaki aku langkah,akan ada dua bayang yang sentiasa bersama aku. Satu, bayang bayang aku sendiri.

dan kedua, bayang-bayang dia.kekuatan aku.

terima kasih sudi jadi peneman aku, wahai bayang-bayang.

dan kalau aku boleh putarkan waktu, aku akan lakukan apa saja utk dapatkan waktu lalu.

kalau.

Dan aku bukanlah si pengejar bayang-bayang.

Allah memberikan aku nikmat bahagia yg tiada bandingan nya.. perasaan ini, sampai mati. Terima kasih Allah swt.

*Surah Al-mulk, ayat 13-14*

Di hari ke 16, aku semakin kuat dan yakin.

Saturday 10 May 2014

sabtu yang indah.

Hari ini hari sabtu.

Aku membayangkan hari sabtu aku dipenuhi dengan aktiviti yang aku selalu idamkan.

Berjalan. Lepak dengan kesayangan dan kawan-kawan kesayangan. Oh sabtu hari yg ditunggu oleh semua yg bekerja. Sebab sabtu dan ahad hari bersantai katanya.

ada suatu sabtu yang paling aku rindu. Sabtu yg pertama kalinya akumelihat matahari terbenam dengan sepenuh jiwa ku.

Ya, sabtu yang satu tu.




Friday 9 May 2014

Selamat Pagi Hati!

Alhamdulillah, masih bernafas. Aku harap nafas ni dapat digunakan sebaik mungkin.

Seperti biasa mimpi yang indah menemani malam aku. Allah kan sayang aku.. Dia uji tapi dalam tak sedar dia beri juga bahagia untuk aku rasa.

Nikmat Allah tu!

"Nikmat Allah yg mana mahu kau dustakan?!"

Allahuakbar.

Rutin aku seperti biasa. Hidup dalam kurungan yang membataskan segalanya. Tapi rasa cinta tu tiada batasannya. TERIMA KASIH ALLAH! kerana tiada apa yg dapat membataskan perasaan ini. ALHAMDULILLAH. Hikmah yang telah aku perolehi.

Hari ke14, tidak aku pasti berapa bacaan penimbang berat. Selera aku mati. Tapi bila ingat cinta Allah, aku gagahkan diri. Sebab aku teringin nak tau hikmah yg akan aku terima hasil ujian ini.

tak sabar. Weeeeee.

Oh lupa, bermula hari pertama disini, boleh kira berapa kali aki ambil sarapan pagi.

jemput sarapan ya.

Assalamualaikum! ;)

Sampai Tua.

Kasih
Kesatkanlah airmata
Ku dah tiba

Kasih
Percayalah
Aku kan ada
Sampai tua
Ini sumpahku padamu

Usah kau patah dan layu
Garing siang malam beku
Pasakku teguh untukmu

Mungkin taufan akan surut
Tetap datang petir ribut
Setiapnya aku sambut
Untukmu takkanku takut
Takkanku takut

Kasih
Biarkanlah apa saja takdir kita
Kasih
Pegangkanlah jariku lama
Sampai tua

Dan malam takkan berhenti menghirup nyawamu kasih
Dan siang akan berterus meratahmu sampai bersih
Aman saja
Aku ada
Dihirup mamah pun tetap kita berpimpinan berdua

Sampai tua
Aku ada
Sampai tua

Thursday 8 May 2014

Maaf, harini hari apa cik?

Seperti biasa, jasad di hari ke-13, sama terkujur tapi minda dan hati aku ligat memikirkan sesuatu. Dan saat ini, aku merayu mencari tuhan, Allah SWT yg Esa.

Kisah dongengan yang aku dengar menjadi realiti dalam kehidupan sendiri.

Allah SWT terlalu sayang aku.Dia rindu mendengar rintih dan pujuk rayu aku. Sejauh mana kaki melangkah, Dia pasti tarik aku cepat-cepat semoga ak tak terus jauh. Terima kasih Allah.

Ketika ini, perasaan mendampingi Allah swt dan didampingi dia sangat membahagiakan. Menjadi tunjang kekuatan dalam melawan segala tohmahan.

Insyaallah, segala kepayahan dan kesakitan ini, Allah swt akan beri ganjaranya.

Alhamdulillah.

Harini hari apa ya cik? Maaf, saya hanya mengira detik.

Friday 2 May 2014

ini serius.

Fakta 1:

Sememangnya aku bukan doktor. Tapi kecintaan aku adalah merawat diri ku sendiri.


Ini serius!

Aku bukan doktor. Aku hanya cebisan manusia yg hanya cari tuhan bila perlu. Cebisan manusia yg sedang merangkak mencari tuhan. Cebisan manusia hina yang sering melakukan dosa dalam keadaan SEDAR.

Dan kini, aku sedang merawat hati ku sendiri.